Print       Share


Pelantikan Penolong Gabenor Baharu Bank Negara Malaysia

Ref No : 06/19/02 18 Jun 2019 Embargo : For immediate release    

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Encik Aznan Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa pada 1 Julai 2019.
 
Encik Aznan akan bertanggungjawab terhadap Jabatan Pemantauan Pembayaran, Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Jabatan Penyeliaan Perbankan, Jabatan Penyeliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Pakar Risiko dan Penyeliaan Teknologi.
 
Sebelum pelantikan ini, Encik Aznan pernah berkhidmat di beberapa jabatan termasuk Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan, Unit Perisikan Kewangan dan Jabatan Pengawalan Bank. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perakaunan daripada University of Bristol, United Kingdom.
 

Bank Negara Malaysia
18 Jun 2019

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.