Cetak       Kongsi


Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia

No Ruj : 10/19/08 01 Nov 2019 Embargo : Untuk Siaran Segera    

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank bagi tempoh 1 November 2019 hingga 31 Oktober 2022 setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Barisan MPS terdiri daripada sembilan (9) ulama Syariah dan pengamal industri yang berkelayakan tinggi dan terkemuka dengan pengalaman yang luas, di dalam dan luar negara, terutamanya dalam bidang Syariah, undang-undang, ekonomi dan kewangan Islam.

  1. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Amanie Group

  1. Dr. Ashraf Md. Hashim

Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA International Consulting Sdn. Bhd. (IICSB)

  1. Dr. Mohamad Akram Laldin

Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)

  1. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Profesor, Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  1. Dato' A. Aziz A. Rahim

Pengerusi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Malaysia

  1. Encik Burhanuddin Lukman

Ketua Unit Takaful, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)

  1. Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar Haji Opir

Timbalan Mufti Selangor, Jabatan Mufti Selangor

  1. Marjan Muhammad

Ketua Jaminan Kualiti, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)

  1. Encik Zainal Abidin Jamal[1]

Pengasas dan Rakan Kongsi Kanan, Zainal Abidin & Co. (Peguam Bela dan Peguam Cara)

 

MPS merupakan badan berautoriti tertinggi dalam penentuan perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful dan perniagaan kewangan pembangunan Islam yang dijalankan oleh institusi kewangan di bawah seliaan Bank. MPS memainkan peranan penting dalam memelihara kemurnian Syariah dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam. MPS juga merupakan penasihat kepada Bank tentang apa-apa isu Syariah berkaitan dengan perniagaan, aktiviti atau transaksi kewangan Islam oleh Bank. Sebagai badan berautoriti tertinggi, keputusan MPS merupakan sumber rujukan bagi institusi kewangan Islam untuk memastikan semua perniagaan dan aktiviti, produk dan perkhidmatan kewangan adalah mematuhi prinsip Syariah. Keputusan MPS juga boleh dijadikan rujukan oleh mahkamah dan penimbang tara dalam membuat keputusan bagi pertikaian atau kes-kes mahkamah.

 

 

[1] Pelantikan Encik Zainal Abidin Jamal berkuat kuasa 1 Jun 2020

Bank Negara Malaysia
01 Nov 2019

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.