Print       Share


Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Diturunkan

Ref No : 11/19/04 08 Nov 2019 Embargo : For immediate release    

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR) akan diturunkan daripada 3.50% kepada 3.00% berkuat kuasa pada 16 November 2019.
 
Keputusan untuk mengurangkan SRR diambil untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik. Langkah ini akan terus menyokong pasaran kewangan domestik untuk berfungsi dengan cekap serta memudahkan pengurusan mudah tunai yang berkesan oleh institusi perbankan.
 
SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. 
 

Bank Negara Malaysia
08 Nov 2019

© Bank Negara Malaysia, 2019. All rights reserved.