Ref No : 05/05/49 (BN)
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Rabu 25 Mei 2005
Pernyataan Dasar Monetari
Kadar inflasi dijangka meningkat pada beberapa bulan akan datang, sebelum menjadi sederhana pada penghujung tahun 2005. Kenaikan harga mencerminkan pelarasan kos berikutan kenaikan harga input seperti harga komoditi dan minyak yang lebih tinggi. Tidak terdapat sebarang tanda bahawa tekanan permintaan yang kukuh menjadi punca kenaikan inflasi. Produktiviti yang meningkat dan pengembangan kapasiti turut memainkan peranan dalam mengurangkan tekanan inflasi. Perkembangan harga akan dipantau dengan lebih teliti untuk memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam persekitaran harga yang stabil.
Dengan kurangnya tekanan permintaan yang kukuh, ini membolehkan dasar monetari terus kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, kadar dasar semalaman (OPR) akan kekal tidak berubah pada paras semasa iaitu 2.70%.
Bank Negara Malaysia
25 Mei 2005
25 Mei 2005

