Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 08/05/69 (BN)
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Rabu 24 Ogos 2005
 
Pernyataan Dasar Monetari
 
Pada tahun 2005, ekonomi dijangka terus berkembang hampir kepada paras potensinya meskipun suasana antarabangsa semakin mencabar. Ketidakpastian utama dalam pertumbuhan global ialah kesan kenaikan harga minyak sedunia yang berterusan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran eksport utama Malaysia, serta penggunaan dalam negeri yang terus mapan akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Data terkini telah menunjukkan inflasi meningkat, mencerminkan pelarasan terhadap kenaikan kos ekoran kenaikan harga input. Paras inflasi dijangka terus dipengaruhi oleh faktor-faktor kos, memandangkan harga minyak sedunia yang berterusan tinggi. Kesan kumulatif daripada pelarasan harga sebelum ini akan menyebabkan kadar inflasi mencecah paras tertinggi pada suku ketiga 2005 dan akan menjadi sederhana selepas itu. Peningkatan produktiviti, pengembangan kapasiti dan tekanan persaingan merupakan faktor penting dalam mengawal tekanan inflasi.

Dalam persekitaran inflasi yang telah meningkat, tahap akomodasi monetari akan diseimbangkan bagi memastikan pertumbuhan mapan yang maksimum dapat dicapai dalam suasana harga yang stabil. Memandangkan ketidakpastian mengenai prospek inflasi dan ekonomi, terutamanya yang berkaitan dengan kesan harga minyak yang tinggi, imbangan risiko-risiko ini akan dipantau dengan teliti dalam menentukan hala tuju dasar monetari pada masa hadapan.

Kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan pada paras semasa iaitu 2.70%.
 
Bank Negara Malaysia
24 Ogos 2005
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 24 August 2005
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013