Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
Ref No : 12/05/05
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Khamis 15 Disember 2005
 
Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
 

Pada 14 Disember 2005, dalam mesyuarat kelapan dan terakhirnya untuk tahun 2005, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan perkara berikut:

  1. Untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa sebanyak 3.0%.

  2. Jadual mesyuarat MPC dan siaran akhbar bagi tahun 2006. Seperti tahun 2005, jawatankuasa akan meneruskan lapan mesyuarat yang dijadualkan bagi tahun 2006, dengan mesyuarat tambahan diadakan mengikut keperluan.

  3. Untuk meneruskan siaran pernyataan dasar monetari pada setiap suku tahun supaya seiring dengan siaran perangkaan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) suku tahunan, atau apabila terdapat perubahan dasar. Pada mesyuarat MPC yang lain, apabila tidak terdapat perubahan dalam dasar monetari, siaran akhbar ringkas akan dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai keputusan MPC.


Bank Negara Malaysia akan terus mengambil inisiatif tambahan pada tahun 2006 untuk meningkatkan komunikasi dalam penggalakan pemahaman yang lebih baik mengenai dasar monetari.

Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari dan Siaran Akhbar 2006

  Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Tarikh Siaran Akhbar
1 20 Januari 2006 (Jumaat)

20 Januari 2006 (Jumaat), 6.00 petang

2 17 Februari 2006 (Jumaat)

Serentak dengan siaran KDNK Suku ke-4 2005, 6.00 petang

3 25 April 2006 (Selasa)

26 April 2006 (Rabu), 6.00 petang

4 22 Mei 2006 (Isnin)

Serentak dengan siaran KDNK Suku ke-1 2006, 6.00 petang

5 28 Julai 2006 (Jumaat)

28 Julai 2006 (Jumaat), 6.00 petang

6 25 Ogos 2006 (Jumaat)

Serentak dengan siaran KDNK Suku ke-2 2006, 6.00 petang

7 26 September 2006 (Selasa)

27 September 2006 (Rabu), 6.00 petang

8 24 November 2006 (Jumaat)

Serentak dengan siaran KDNK Suku ke-3, 6.00 petang

 
Bank Negara Malaysia
15 Disember 2005
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 15 December 2005
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013