Ref No : 14|1170
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Jumaat 20 Januari 2006
Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama bagi tahun 2006 pada 20 Januari 2006 memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3 peratus.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka bertambah pesat pada tahun 2006, dengan risiko inflasi terus kekal. Bank Negara Malaysia akan terus memantau perkembangan dalam ekonomi domestik dan antarabangsa dan implikasinya terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi dalam jangka masa sederhana.
Bank Negara Malaysia
20 Januari 2006
20 Januari 2006

