Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 02/06/08
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Rabu 22 Februari 2006
 
Pernyataan Dasar Monetari
 
Bank Negara Malaysia pada hari ini mengumumkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. Sehubungan dengan itu, kadar bumbung dan kadar lantai koridor bagi OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.50 peratus dan 3.00 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia bertambah kukuh pada separuh kedua tahun 2005 dan dijangka bertambah pesat pada tahun 2006, didorong oleh permintaan sektor swasta dan pertumbuhan ekonomi global dan serantau yang kukuh. Keadaan inflasi masih kekal, terutamanya disebabkan oleh harga tenaga yang lebih tinggi dan kos yang semakin meningkat. Sungguhpun tekanan inflasi dijangka tidak ketara, kadar inflasi dijangka kekal sekitar paras semasa untuk beberapa waktu.

Perubahan kepada OPR bertujuan untuk menyelaraskan keadaan monetari kepada persekitaran semasa. Teras dasar monetari terus menyokong aktiviti ekonomi. Pada masa hadapan, dasar monetari akan bertindak balas terhadap perkembangan baru yang memberi kesan terhadap prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam jangka masa sederhana.

 
Bank Negara Malaysia
22 Februari 2006
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 22 February 2006
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013