Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 04/06/10
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Rabu 26 April 2006
 
Pernyataan Dasar Monetari
 
Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.50 peratus. Sehubungan dengan itu, kadar bumbung dan kadar lantai koridor bagi OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.75 peratus dan 3.25 peratus.

Dengan perdagangan dunia dijangka mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2006, Malaysia akan mendapat manfaat secara langsung melalui peningkatan eksport, serta terma perdagangan yang lebih baik hasil daripada harga eksport barangan komoditi Malaysia yang lebih tinggi. Perbelanjaan dalam negeri dijangka terus mapan. Perbelanjaan pengguna dijangka terus disokong oleh pertumbuhan guna tenaga dan pendapatan yang kukuh, keadaan kredit yang menggalakkan, dan kesan positif daripada prestasi luaran yang memberangsangkan.

Harga semasa yang lebih tinggi mencerminkan kos yang meningkat dan tiada tanda-tanda jelas terdapatnya kesan inflasi pusingan kedua. Berdasarkan jangkaan semasa dan hadapan, Kadar Dasar Semalaman hanya perlu diubah apabila perkembangan dan maklumat baru diperoleh pada masa hadapan. Kadar inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh pertama tahun 2006, dan menjadi sederhana pada separuh kedua. Peningkatan inflasi semasa telah diambil kira dalam unjuran inflasi purata bagi tahun 2006 yang dibuat terdahulu.

Pada paras baru ini, OPR tetap berada di bawah tahap neutral. Pada masa hadapan, dasar monetari akan menyeimbangkan risiko terhadap kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia juga memutuskan bahawa keputusan mesyuarat MPC pada masa hadapan akan diumumkan kepada pihak awam melalui siaran akhbar pada hari yang sama.
 
Bank Negara Malaysia
26 April 2006
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 26 April 2006
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013