Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia siasat G-Gold Gallery Sdn Bhd
Ref No : 05/06/03
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia siasat G-Gold Gallery Sdn Bhd
 
Bank Negara Malaysia bersama-sama Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan ke atas G-Gold Gallery Sdn Bhd dan syarikat berkaitan dengannya yang disyaki menjalankan kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram. Kedua-dua kegiatan tersebut merupakan kesalahan, masing-masing di bawah subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA). Aset dan dokumen berkenaan syarikat itu telah dirampas untuk disiasat. Kediaman pengarah-pengarah syarikat telah juga diserbu sebagai sebahagian daripada penyiasatan ini. Serbuan secara bersama itu telah dijalankan di Kuala Lumpur dan Ipoh berikutan aduan daripada orang ramai. Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang skim cepat kaya untuk mengelakkan mereka kehilangan wang. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi mana-mana pegawai Bank Negara Malaysia di talian 03-2698 8044 sambungan 8622, 7205, 8518, 7276, atau 8439.
 
Bank Negara Malaysia
11 Mei 2006
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 11 May 2006
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013