Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 05/06/07
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Isnin 22 Mei 2006
 
Pernyataan Dasar Monetari
 
Pada mesyuaratnya hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Wang Semalaman (OPR) pada paras 3.50%.

Penilaian terhadap keseluruhan prospek ekonomi menunjukkan bahawa trend asas ekonomi negara tidak berubah sejak pernyataan dasar monetari yang dibuat pada bulan April yang lalu. Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka akan berterusan berdasarkan keadaan dalam dan luar negeri yang menggalakkan.

Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi tekanan inflasi yang dialami di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pada ketika ini, bukti jelas kesan inflasi pusingan kedua adalah terhad dan tiada tanda-tanda bahawa inflasi berpunca daripada tekanan permintaan. Ini menandakan bahawa perubahan dasar monetari tidak perlu diteruskan buat sementara waktu.

Dasar monetari akan terus berwaspada terhadap risiko inflasi dan tindakan akan diambil sekiranya risiko inflasi menjadi ancaman terhadap prospek jangka sederhana dan jangka panjang ekonomi negara. Hala tuju dasar monetari pada bulan-bulan yang akan datang akan ditentukan oleh penilaian Bank mengenai implikasi daripada perkembangan dan maklumat baru atas prospek jangka sederhana kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan.
 
Bank Negara Malaysia
22 Mei 2006
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 22 May 2006
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013