Ref No : 07/06/04
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Jumaat 28 Julai 2006
Pernyataan Dasar Monetari
Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik pada separuh pertama tahun 2006, disokong oleh permintaan dalam negeri yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh. Walaupun keadaan dalam negeri masih menggalakkan, wujud ketidakpastian dalam suasana luar negeri berikutan harga tenaga yang terus tinggi, risiko geopolitik dan kemungkinan pertumbuhan ekonomi global menjadi sederhana.
Statistik terkini menunjukkan inflasi dalam negeri telah memuncak dan dijangka menurun bagi tempoh selebihnya pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tanda-tanda kesan inflasi pusingan kedua dan tekanan harga upah yang berlebihan. Walau bagaimanapun, tekanan atas harga yang berpunca daripada kos masih kekal, berpunca daripada kos harga komoditi dan minyak yang tinggi.
Dasar monetari akan terus mengimbangi antara risiko inflasi dengan pertumbuhan ekonomi. Pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan bergantung pada penilaian Bank Negara Malaysia terhadap maklumat baru mengenai suasana dalam negeri dan antarabangsa dan implikasinya atas ekonomi negara.
Bank Negara Malaysia
28 Julai 2006
28 Julai 2006

