Ref No : 08/06/11
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Jumaat 25 Ogos 2006
Pernyataan Dasar Monetari
Ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang baik pada separuh pertama tahun 2006, disokong oleh permintaan swasta dalam negeri dan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh. Walaupun suasana luar negeri mungkin kurang menggalakkan pada separuh kedua disebabkan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka menjadi lebih perlahan, kesan terhadap ekonomi dalam negeri dijangka sederhana.
Inflasi dijangka menurun bagi tempoh selebihnya pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tanda-tanda kesan inflasi pusingan kedua dan tekanan upah. Walau bagaimanapun, jangkaan yang secara relatifnya tidak begitu membimbangkan ini perlu mangambil kira keadaan harga komoditi dan harga minyak yang masih tinggi, dan tekanan kos yang berterusan. Kewaspadaan yang berterusan adalah perlu memandangkan wujudnya ketidakpastian mengenai kesan kenaikan harga pengeluar terhadap harga pengguna.
Oleh itu, pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan bergantung pada penilaian Bank Negara Malaysia terhadap perkembangan baru dan implikasinya atas prospek inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
Bank Negara Malaysia
25 Ogos 2006
25 Ogos 2006

