Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.50%.
Ekonomi Malaysia terus mencapai paras pertumbuhan yang mampan pada suku ketiga. Keluaran Dalam Negeri Kasar meningkat 5.8% dengan pertumbuhan disokong permintaan swasta dalam negeri yang meningkat dan permintaan luar negeri yang kukuh terhadap eksport Malaysia . Momentum pertumbuhan dijangka berterusan pada suku keempat.
Trend inflasi yang terus menurun adalah selaras dengan harga minyak dan komoditi dalam pasaran antarabangsa yang lebih rendah dan persaingan global, serta persekitaran kenaikan upah dan harga dalam ekonomi dalam negeri yang sederhana. Pada bulan Oktober, kadar inflasi terus menurun ke paras 3.1%. Meskipun masih lagi wujud ketidakpastian, trend ke arah tekanan inflasi yang lebih rendah dijangka berterusan hingga ke tahun 2007.
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia juga meluluskan jadual mesyuaratnya bagi tahun 2007. Amalan biasa untuk menyiarkan Pernyataan Dasar Monetari pada pukul 6.00 petang pada hari berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari, akan diteruskan pada tahun 2007.
Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada Tahun 2007
No. |
Tarikh |
1 |
26 Januari 2007 (Jumaat) |
2 |
26 Februari 2007 (Isnin) |
3 |
27 April 2007 (Jumaat) |
4 |
28 Mei 2007 (Isnin) |
5 |
24 Julai 2007 (Selasa) |
6 |
24 Ogos 2007 (Jumaat) |
7 |
30 Oktober 2007 (Selasa) |
8 |
26 November 2007 (Isnin) |
24 November 2006

