Ref No : 01/07/07
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Jumaat 26 Januari 2007
Pernyataan Dasar Monetari
Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.50%.
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan paras pertumbuhan yang mampan pada tahun 2007. Kelembapan ekonomi luar negeri mungkin menjejaskan pertumbuhan eksport negara. Walau bagaimanapun, momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka disokong oleh permintaan dalam negeri, yang didorong perbelanjaan sektor swasta dan awam.
Inflasi dijangka dapat dibendung pada tahun 2007 disebabkan oleh harga import yang lebih rendah dan peningkatan kapasiti dalam negeri. Tekanan harga yang didorong kos juga dijangka sederhana.
Berdasarkan penilaian ini, paras semasa OPR adalah konsisten dengan prospek jangka sederhana pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Bank Negara Malaysia
26 Januari 2007