Ref No : 02/07/06
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Isnin 26 Februari 2007
Pernyataan Dasar Monetari
Pertumbuhan ekonomi global dan serantau dijangka terus menggalakkan pada tahun 2007. Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan yang mampan, dan kadar pertumbuhan dianggar lebih kukuh pada separuh kedua tahun ini. Pertumbuhan akan didorong terutamanya oleh sektor swasta, sementara sektor awam memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan. Pertumbuhan dijangka lebih menyeluruh, meliputi semua sektor ekonomi.
Prospek inflasi adalah lebih baik dengan inflasi purata dijangka lebih rendah dengan ketara berbanding dengan paras tahun 2006. Di samping itu, harga minyak yang lebih rendah di pasaran antarabangsa dan inflasi yang semakin sederhana di negara-negara rakan perdagangan juga dijangka menyumbang kepada persekitaran harga pengguna domestik yang lebih stabil.
Bank Negara Malaysia
26 Februari 2007
26 Februari 2007

