Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 05/07/08
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Isnin 28 Mei 2007
 
Pernyataan Dasar Monetari
 

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.50%.

Meskipun persekitaran luaran yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan pertumbuhan eksport Malaysia menjadi sederhana, permintaan dalam negeri yang kukuh telah menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Sektor awam turut memberikan impak positif yang penting kepada aktiviti ekonomi. Oleh yang demikian, ekonomi Malaysia dijangka mencapai kadar pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa sederhana.

Inflasi bagi empat bulan pertama tahun 2007 berada pada kadar purata 2.4% dan telah meneruskan trendnya yang menurun. Bagi masa hadapan, harga komoditi dan produk pertanian yang berterusan tinggi, dan kenaikan harga makanan global yang ketara mungkin akan memberi implikasi kepada harga makanan dan inflasi keseluruhan dalam negeri. Dengan mengambil kira perkembangan ini dan inflasi semasa yang rendah, kadar inflasi purata bagi tahun 2007 dijangka berada dalam julat 2 - 2.5 % seperti yang diunjurkan.

Memandangkan prospek jangka sederhana bagi inflasi dan pertumbuhan ekonomi, paras kadar dasar semasa terus berada pada paras yang sesuai. Berikutan ketidakpastian dalam persekitaran luar negeri, perkembangan ekonomi antarabangsa akan dipantau secara rapi. Pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan bergantung pada penilaian Bank Negara Malaysia terhadap data dan maklumat terbaharu dan implikasinya terhadap prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi.

 
Bank Negara Malaysia
28 Mei 2007
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 28 May 2007
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013