Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Menyiasat Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan Syarikat Berkaitannya
Ref No : 04/08/04
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Menyiasat Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan Syarikat Berkaitannya
 

Bank Negara Malaysia sedang menjalankan siasatan terhadap Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan syarikat berkaitannya kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram. Aktiviti haram ini merupakan kesalahan di bawah subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Serbuan terhadap Pan Phoenix Dina Sdn Bhd dan syarikat berkaitannya telah dibuat hari ini di premis syarikat di Kota Bharu dan Kuala Lumpur berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas bagi tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak menyimpan wang atau mendepositkan dengan syarikat yang tidak dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia ataupun terlibat dengan mana-mana skim cepat kaya bagi mengelakkan kehilangan wang mereka. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my . Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan dan nasihat lanjut di alamat dan nombor telefon berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur.

Telefon:

BNMTELELINK: 1-300-88-5465 atau

Talian Penting: 03 2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03 2698 7467
E-mel: bnmtelelink@ bnm.gov.my

 
Bank Negara Malaysia
08 April 2008
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 08 April 2008
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013