I. Pengurangan fi urus niaga RENTAS bagi pembayaran kepada pihak ketiga
Fi urus niaga yang dikenakan oleh bank ahli terhadap pembayaran bagi pihak ketiga iaitu pembayaran yang dibuat oleh bank ahli bagi pihak pelanggannya akan dikurangkan daripada RM2.50 kepada RM1.50 berkuat kuasa pada 15 Julai 2008. Berikutan langkah ini, caj bank yang kenakan oleh bank ahli terhadap pelanggan mereka bagi pembayaran penggunaan RENTAS juga dikurangkan sebanyak RM1.00 berkuat kuasa pada tarikh yang sama.II. Kajian semula Komisen Pertukaran Dalaman
Institusi kewangan akan mengkaji semula Komisen Pertukaran Dalaman sebanyak 0.03% yang dikenakan bagi pindahan dana dan mengenakan fi tetap sahaja bagi membiayai kos yang terlibat berkuat kuasa pada 15 Julai 2008. Ini seharusnya mengurangkan fi urus niaga yang dikenakan terhadap pelanggan institusi kewangan bagi pindahan dana antara negeri di Malaysia.
09 Julai 2008

