Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Enam Buah Syarikat yang Disyaki Menjalankan Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram
Ref No : 08/08/06
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Enam Buah Syarikat yang Disyaki Menjalankan Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram
 

Pada 18 Ogos 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap AFS Global Holdings Sdn Bhd, Reed Corporation Sdn Bhd, Sigma Platinum Sdn Bhd, Wisdom Spectrum Sdn Bhd, Maxficient Consultancy Sdn Bhd dan Practical Support Sdn Bhd di bawah Seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Akta tersebut melarang mana-mana orang, selain peniaga yang dibenarkan iaitu institusi kewangan berlesen, untuk membeli atau meminjam sebarang mata wang asing daripada, atau menjual atau memberikan pinjaman sebarang mata wang asing kepada, mana-mana orang lain selain peniaga yang dibenarkan. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Serbuan ini dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur dan Selangor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet, telefon atau seminar, yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau berurusan dalam urus niaga mata wang asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan dan nasihat lanjut di alamat dan nombor telefon berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK: 1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

 
Bank Negara Malaysia
19 Ogos 2008
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 19 August 2008
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013