Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Walton International Property Group (M) Sdn Bhd
Ref No : 03/09/04
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Walton International Property Group (M) Sdn Bhd
 

Pada 5 Mac 2009, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap Walton International Property Group (M) Sdn Bhd di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Serbuan ini dibuat secara serentak di premis syarikat tersebut di Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berwaspada dengan skim jual beli tanah seumpama ini yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Jika terdapat sebarang unsur aktiviti pengambilan deposit dan tawaran kepada orang ramai seperti ‘skim faedah' atau pelaburan dalam skim harta tanah (lebih dikenali sebagai 'amanah pelaburan harta tanah' - REIT), perkara ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Orang ramai juga dinasihati supaya menggunakan saluran kiriman wang yang sah apabila membuat pembayaran dan membuat kiriman wang ke luar negara. Senarai saluran kiriman wang yang sah sama ada bagi pengendali kiriman wang bank atau bukan bank berlesen boleh dirujuk di laman web Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di pusat perhubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

 
Bank Negara Malaysia
06 Mac 2009
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 06 March 2009
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013