Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Membuat Pertuduhan terhadap Sunshine Empire Sdn. Bhd. atas Kesalahan Pengambilan Deposit Tanpa Lesen
Ref No : 03/09/07
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Membuat Pertuduhan terhadap Sunshine Empire Sdn. Bhd. atas Kesalahan Pengambilan Deposit Tanpa Lesen
 

Bank Negara Malaysia telah membuat pertuduhan terhadap Sunshine Empire Sdn. Bhd. di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Mac 2009 kerana menerima deposit daripada pendeposit-pendeposit tanpa lesen yang sah. Tuduhan ini dibuat di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Syarikat tersebut menghadapi dua tuduhan pengambilan deposit tanpa lesen yang sah di premis beralamat seperti yang berikut:

  • Blok A-11-1 (Tingkat 13) Penthouse, Menara Uncang Emas, 85 Jalan Loke Yew, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 14 Julai 2006 hingga 17 Oktober 2006; dan
  • Tingkat Bawah & Tingkat Satu KUB.com Building, 12 Jalan Yap Kwan Seng, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 18 Oktober 2006 hingga 4 April 2008.

Syarikat tersebut yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Azlan Bin Azman, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut. Tarikh sebutan untuk kes ini ditetapkan pada 10 April 2009.

Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dan tidak menyimpan wang atau deposit dengan syarikat yang tidak diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia ataupun agensi pengawalselian lain . Senarai semua institusi menerima deposit yang diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia terdapat di laman web www.bnm.gov.my . Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan lanjut di alamat dan nombor telefon berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my  

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

( Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

 
Bank Negara Malaysia
17 Mac 2009
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 17 March 2009
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013