Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Melakukan Kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Syarikat 1965
Ref No : 05/09/09
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Empat Buah Syarikat yang Disyaki Melakukan Kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Syarikat 1965
 
Siaran Akhbar Bersama

Pada 26 Mei 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat serbuan terhadap AK United Sdn Bhd., Dinari Capital Sdn. Bhd., myDNA International Sdn. Bhd. dan E-Eagle Sdn. Bhd mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Banking and Financial Institutions Act, BAFIA) 1989 dan Akta Syarikat (Companies Act, CA) 1965. Serbuan ini dibuat serentak di premis syarikat-syarikat ini di empat lokasi yang berbeza di Cheras, Kuala Lumpur.

Serbuan terhadap syarikat-syarikat ini dibuat berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai yang mendakwa syarikat-syarikat ini terlibat dengan aktiviti pengambilan deposit secara haram dan skim pelaburan haram yang masing-masing boleh melanggar Seksyen 25 BAFIA dan Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pengambilan deposit secara haram dan skim pelaburan haram yang dianjurkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar yang dikendalikan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan, diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit di laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my).
Senarai entiti pengantara berlesen yang dibenarkan menjalankan aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia boleh didapati di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (www.sc.com.my).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di pusat perhubungan berikut:

Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn, 50480, Kuala Lumpur
(Waktu Urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Talian Penting : 03-40476111/6222/6101/6202
E-mel: enquiry@ssm.com.my

 

Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
26 Mei 2009

 
Bank Negara Malaysia
26 Mei 2009
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 26 May 2009
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013