Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan pusat perkhidmatan pelanggannya (BNMLINK) di Kuala Terengganu pada 19 Oktober 2009 untuk memberikan khidmat nasihat kewangan kepada orang ramai dan ahli perniagaan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kini terdapat sebanyak enam pusat BNMLINK di seluruh negara. BNMLINK yang pertama telah dibuka di Kuala Lumpur pada 25 Februari 2005, diikuti dengan pembukaan pusat perkhidmatan pelanggan di Pulau Pinang dan Johor Bahru pada tahun 2008, serta di Kota Kinabalu dan Kuching pada tahun 2009.
BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.
Bilangan pelanggan yang memerlukan maklumat dan bantuan daripada Bank Negara Malaysia telah meningkat dengan ketara. Pada sembilan bulan pertama tahun 2009, Bank Negara Malaysia telah memberikan bantuan kepada 168,149 individu dan ahli perniagaan, iaitu peningkatan sebanyak 66% berbanding dengan 101,414 individu dan ahli perniagaan pada tempoh yang sama tahun 2008. Pada tempoh yang sama tahun ini, sebanyak 418 PKS telah menerima khidmat nasihat khusus berkaitan dengan akses kepada pembiayaan daripada Bank Negara Malaysia. Sebanyak 90% daripada kes yang diterima ini telah berjaya diselesaikan pada tempoh tersebut.
Bagi melengkapkan saluran perkhidmatan yang sedia ada kepada orang ramai, Bank Negara Malaysia juga mengumumkan pengenalan perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas) yang kini membolehkan orang ramai menghubungi BNM melalui SMS dengan menghantar SMS kepada 15888* seperti yang berikut:
Perkhidmatan |
Penghantaran Mesej |
Untuk mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada Bank Negara Malaysia
|
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda]
|
Untuk mendapatkan alamat surat-menyurat dan maklumat pusat perhubungan dan perkhidmatan Bank Negara Malaysia
|
BNM ALAMAT |
Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara memperoleh maklumat laporan kredit (CCRIS)
|
BNM CCRIS [alamat e-mel]
|
* Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM0.15 untuk menghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej.
|
|
Orang ramai juga boleh terus mendapatkan perkhidmatan BNMTELELINK melalui:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke cawangan BNMLINK yang terdekat di lokasi berikut:
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Ibu Pejabat
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Cawangan BNMLINK
Bank Negara Malaysia Pulau Pinang
27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Tel: 04-2627125
Bank Negara Malaysia Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Johor
Tel : 07-2240799
Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6220571
Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088-211211
Bank Negara Malaysia Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Tel: 082-252311
22 Oktober 2009

