Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Membatalkan 20 Lagi Lesen Pengurup Wang
Ref No : 10/09/08
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Membatalkan 20 Lagi Lesen Pengurup Wang
 

Bank Negara Malaysia telah membatalkan lesen pengurupan wang yang dikeluarkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1988 bagi pengurup wang berikut:

  1. Al Moulana Traders Sdn. Bhd.
  2. M.M. J. Exchange Sdn. Bhd.
  3. Salamath Ali Money Changer Sdn. Bhd.
  4. BTC Enterprise Sdn. Bhd.
  5. De Laville Sdn. Bhd.
  6. Flexi One Sdn. Bhd.
  7. Gemilang Iris Sdn. Bhd.
  8. Hawaii Hotel Sdn. Bhd.
  9. Ideal Stamina Sdn. Bhd.
  10. Intra-Artni Sdn. Bhd.
  11. Kawalan Vila Sdn. Bhd.
  12. Panca Suci Sdn. Bhd.
  13. Pengurup Wang Tiram Sdn. Bhd.
  14. Pua Say BeeTrading Sdn. Bhd.
  15. Sri Panju Sdn. Bhd.
  16. SS International Capital Ventures (M) Sdn. Bhd.
  17. Sunrise Aim Sdn. Bhd.
  18. Tanjung Intelek Sdn. Bhd.
  19. THR Hotel (Penang) Sdn. Bhd. [dahulunya dikenali sebagai Pernas OUE (Penang) Sdn. Bhd.]
  20. Towards Century Sdn. Bhd.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menjalankan urus niaga penukaran wang dengan syarikat-syarikat tersebut kerana syarikat-syarikat berkenaan tidak lagi mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut di Malaysia.

Orang ramai tidak akan menghadapi kesulitan dengan pembatalan ini kerana terdapat kira-kira 900 pengurup wang berlesen yang sedang beroperasi di seluruh negara dan jumlah ini memadai untuk memenuhi keperluan pelancong dan pengembara.

Senarai pengurup wang berlesen boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perkhidmatan dan perhubungan berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Block D
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
 
Bank Negara Malaysia
26 Oktober 2009
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 26 October 2009
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013