Bank Negara Malaysia telah membatalkan 41 lesen pengurupan wang pada tahun 2009. Langkah penguatkuasaan ini diambil terhadap pengurup wang yang didapati melanggar beberapa peruntukan Akta Pengurupan Wang 1998 (Akta). Ini termasuk melanggar seksyen 30 Akta tersebut, yang melarang pengurup wang memindahkan dana ke luar Malaysia sama ada untuk diri sendiri ataupun bagi pihak ketiga. Di bawah Akta ini, pengurup wang hanya dibenarkan menjalankan perniagaan pertukaran mata wang asing dengan ringgit atau dengan mata wang asing lain dalam Malaysia.
Orang ramai diingatkan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan perdagangan atau 45 penyedia perkhidmatan kiriman wang bukan bank yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memindahkan dana ke luar negara. Dalam persekitaran kewangan Malaysia yang lebih liberal, orang ramai bebas untuk memindahkan dana melalui entiti yang dibenarkan ini. Senarai bank perdagangan dan bank Islam, serta penyedia perkhidmatan kiriman wang bukan bank yang dibenarkan boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia:
Lihat juga: Laman sesawang Pentadbiran Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia
09 Disember 2009

