Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Siasat Semangat Teknologi Gagah Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai STG Resources Sdn. Bhd.) dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya
Ref No : 02/10/02
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Siasat Semangat Teknologi Gagah Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai STG Resources Sdn. Bhd.) dan Syarikat-syarikat Yang Berkaitan Dengannya
 

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Semangat Teknologi Gagah Sdn. Bhd. (STG) dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya yang disyaki menjalankan kegiatan pengambilan deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Serbuan terhadap STG dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya telah dibuat pada 4 Februari 2010 di premis syarikat di Kuala Lumpur and Selangor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen, diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel. : 1-300-88-5465
Faks : 03-21741515
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)

 
Bank Negara Malaysia
09 Februari 2010
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 10 February 2010
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013