Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Bank Negara Malaysia Menyiasat The Gold Label Sdn Bhd
Ref No : 05/10/03
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Bank Negara Malaysia Menyiasat The Gold Label Sdn Bhd
 

Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan terhadap syarikat The Gold Label Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan aktiviti pengubahan wang haram yang masing-masing merupakan kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Serbuan terhadap syarikat The Gold Label Sdn Bhd telah dijalankan semalam di premis tersebut di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat-syarikat yang tidak diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia. Senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my).

Orang ramai perlu berwaspada dengan pelaburan dalam skim cepat kaya untuk mengelak daripada kehilangan wang simpanan dan wang tunai mereka kepada pihak yang menipu. Maklumat lanjut berhubung dengan skim kewangan haram boleh di dapati dari laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat hubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

ATAU

Tel: 03 2698 5708 / 2698 5724 / 2698 5776 / 2698 5785
Faks: 03 2698 7467

ATAU

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

Atau lawati cawangan BNMLINK di Bank Negara Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

 

 
Bank Negara Malaysia
07 Mei 2010
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 07 May 2010
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013