Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 01/12/09
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Selasa 31 Januari 2012
 
Pernyataan Dasar Monetari
 

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Sejak beberapa bulan yang lalu, keadaan ekonomi dan kewangan global telah mengalami kemerosotan berikutan krisis hutang kerajaan yang bertambah ketara di Eropah, konsolidasi fiskal yang berterusan dan keadaan ketidakpastian dasar yang nyata. Peningkatan turun naik pasaran, pengantaraan kewangan yang terjejas dan keadaan pasaran pekerja yang lemah terus memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi maju. Keadaan ini telah menyebabkan terdapatnya risiko pertumbuhan global akan menjadi lebih perlahan. Di Asia, meskipun pertumbuhan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang mampan, momentum pertumbuhan menjadi sederhana dalam keadaan persekitaran luaran yang lebih lemah.

Dalam ekonomi domestik, penunjuk terkini menyarankan pertumbuhan yang berterusan pada suku keempat 2011. Pertumbuhan didorong oleh penggunaan domestik dan aktiviti pelaburan yang mampan, manakala sektor luaran menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan. Pada masa akan datang, ekonomi dijangka terus berkembang, disokong oleh aktiviti ekonomi sektor swasta yang berterusan selain diperkukuh lagi oleh perbelanjaan sektor awam. Keadaan guna tenaga dijangka kekal stabil, sementara prospek bagi sektor berorientasikan dalam negeri terus menggalakkan. Prospek pertumbuhan keseluruhan bagaimanapun akan dipengaruhi oleh permintaan luaran yang lebih perlahan lantas menyebabkan pertumbuhan eksport dan pengeluaran perindustrian yang lebih rendah.

Purata inflasi bagi tahun 2011 ialah 3.2%. Bagi tahun 2012, penilaian yang dibuat menunjukkan bahawa inflasi dorongan kos akan menjadi lebih sederhana memandangkan aktiviti ekonomi global yang bertambah perlahan akan mengurangkan tekanan terhadap harga komoditi utama. Impak daripada faktor permintaan dalam negeri terhadap inflasi dijangka terkawal, sejajar dengan keadaan permintaan dalam negeri yang stabil. Dengan itu, kadar inflasi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2012. Namun demikian, risiko kepada inflasi mungkin timbul daripada gangguan terhadap bekalan yang akan mengakibatkan kenaikan harga makanan dan komoditi.

Dalam penilaian MPC, persekitaran global akan menjadi lebih mencabar pada masa akan datang. Memandangkan prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi Malaysia akan dipengaruhi oleh perkembangan luaran ini, MPC akan terus membuat penilaian yang teliti terhadap risiko kepada pertumbuhan dalam negeri dan inflasi.


 
Bank Negara Malaysia
31 Januari 2012
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 31 January 2012
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013