Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Maklumat Terkini Berhubung Serbuan Bersama Ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd
Ref No : 10/12/04
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam11 00 pada hari Jumaat 05 Oktober 2012
 
Maklumat Terkini Berhubung Serbuan Bersama Ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd
 
Pada 1 Oktober 2012, serbuan bersama telah dijalankan ke atas beberapa premis Genneva Malaysia Sdn. Bhd dan kediaman Pengarah-pengarah syarikat berkenaan oleh Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat berkaitannya sedang disiasat oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, menjalankan pengubahan wang haram, mengelakkan cukai, memberikan deskripsi palsu termasuk gambaran yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun. 

Aset dan dokumen syarikat yang berkenaan yang diambil semasa serbuan tersebut akan dilindungi untuk membantu siasatan. Agensi penguatkuasaan yang berkenaan telah menggunakan sumber-sumber yang perlu untuk mempercepat siasatan.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dengan agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatannya menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati apabila melabur dalam skim yang tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan (unregulated schemes). Agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan ke atas skim kewangan haram untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang ramai.
 
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: 03 - 2174 1515
 
 
Polis Diraja Malaysia
Bank Negara Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
 
5 Oktober 2012
 
Bank Negara Malaysia
05 Oktober 2012
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 05 October 2012
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013