Ref No : 10/12/07
Embargo : Untuk Siaran Segera
Laporan Terkini berhubung dengan Operasi Serbuan Bersama ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd
Syarikat-syarikat ini sedang disiasat secara bersama oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.
Aset dan akaun yang disita dan dibekukan hasil daripada serbuan tersebut disimpan bagi memudahkan penyiasatan ke atas syarikat-syarikat yang disyaki melakukan kesalahan dan untuk melindungi kepentingan pelabur.
Sebarang tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan ke atas skim kewangan dan pelaburan yang tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan dijalankan bagi melindungi orang ramai daripada mempertaruhkan wang hasil titik peluh mereka. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat yang memberikan jaminan pulangan bagi jumlah pokok yang dilaburkan. Orang ramai dinasihati supaya menyemak dengan agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: (03) 2174 1515
Bank Negara Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Bank Negara Malaysia
08 Oktober 2012
08 Oktober 2012

