Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan November 2012
Ref No : 12/12/10
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam12 00 pada hari Isnin 31 Disember 2012
 
Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan November 2012
 
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta aliran keluar masuk pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS adalah terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD139,060.8 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD9,488.9 juta pada akhir bulan November 2012. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak USD350.2 juta disebabkan oleh pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah USD4,737.5 juta bagi 12 bulan akan datang. Jumlah kedudukan hadapan panjang adalah bersamaan dengan USD7,420 juta pada akhir bulan November 2012. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD112.8 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format   SDDS IMF menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan November 2012 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.
 
Jadual I: Aset rizab rasmi dan aset mata wang asing lain
Jadual II: Aliran keluar jangka pendek terjadual bersih atas aset mata wang asing
Jadual III: Aliran keluar bersih jangka pendek luar jangka atas aset mata wang asing
Jadual IV: Item memo

 
Bank Negara Malaysia
31 Disember 2012
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 31 December 2012
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013