Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2012
Ref No : 01/13/01
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam19 00 pada hari Selasa 08 Januari 2013
 
Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2012
 

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM427.1 bilion (bersamaan dengan USD139.7 bilion) pada 31 Disember 2012. Paras rizab pada 31 Disember 2012 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan nilai rizab disebabkan oleh perubahan pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
 
Bagi keseluruhan tahun 2012, rizab antarabangsa meningkat sebanyak RM3.8 bilion kepada RM427.1 bilion (akhir tahun 2011: RM423.4 bilion). Kedudukan rizab yang lebih tinggi mencerminkan lebihan akaun semasa yang yang berterusan dan kemasukan pelaburan langsung asing dan modal portfolio. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada aliran masuk ini telah diimbangi oleh pelaburan langsung luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia dan aliran keluar pelaburan lain. Di samping itu, terdapat juga pengurangan nilai rizab disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing kumulatif yang belum direalisasikan berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding beberapa mata wang utama dan serantau sepanjang tahun tersebut.
 
Rizab antarabangsa Malaysia yang kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya dijangka kekal pada paras yang selesa pada tahun 2013. Paras rizab ini akan disokong oleh aliran masuk dagangan dan pelaburan.
 
 



Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 31 Disember 2012

 
Bank Negara Malaysia
08 Januari 2013
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 09 January 2013
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013