Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Serbuan ke atas Syarikat Astromax Sdn Bhd
Ref No : 03/02/42 (BN)
 
Embargo : Untuk Siaran Segera    
 
Serbuan ke atas Syarikat Astromax Sdn Bhd
 

Bank Negara Malaysia (BNM) bersama dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Polis Di-Raja Malaysia telah membuat serbuan ke atas premis syarikat Astromax Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangannya di Pulau Pinang dan Johor Bahru kerana disyaki telah mengambil deposit tanpa lesen daripada orang ramai yang berselindung di sebalik dagangan komoditi lani dan melanggar peruntukan Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK 1989). Syarikat tersebut juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Kanun Keseksaan untuk penipuan.

Semasa serbuan dijalankan, rumah pengarah-pengarah syarikat tersebut turut diserbu oleh agensi-agensi tersebut. Beberapa dokumen telah dirampas bagi tujuan penyiasatan.

Operasi serbuan bersama tersebut dijalankan berikutan aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai.

Beberapa kenyataan turut diambil daripada pekerja-pekerja syarikat terbabit dan juga orang ramai yang hadir semasa operasi serbuan dijalankan bagi membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi berkenaan.

Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak melibatkan diri di dalam mana-mana skim cepat kaya bagi mengelakkan mereka kehilangan wang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan orang ramai bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Polis di Bilik Operasi Bersama di talian berikut: 03-2693 2330, 03-2691 6971, 03-2698 6539 atau 03-2698 0157.

 
Bank Negara Malaysia
20 Mac 2002
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 27 January 2003
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 22 January 2013