Ref No :
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam0 00 pada hari Selasa 22 Jun 1999
Serbuan Keatas Pengurup Wang Tanpa Lesen
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa serbuan telah dilakukan keatas dua pengurup wang yang beroperasi tanpa lesen di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Serbuan yang dibuat pada 19 Jun 1999 itu adalah hasil dari aduan orang ramai. Bank Negara Malaysia memandang serius kegiatan pengurupan wang haram dan akan bertindak tegas untuk menghapuskan kegiatan tersebut. Untuk perlindungan mereka, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat tukaran mata wang asing hanya dari pengurup-pengurup wang berlesen dan peniaga mata wang asing yang dibenarkan. Peniaga mata wang asing yang dibenarkan ialah bank-bank perdagangan dan Bank Islam Malaysia Berhad, termasuk "bureau de change" yang ditubuhkan oleh bank-bank tersebut.
Bank Negara Malaysia
22 Jun 1999