Ref No : 08/04/29 (BN)
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Rabu 25 Ogos 2004
Pernyataan Dasar Monetari
Walaupun permintaan agregat lebih kukuh dan harga minyak dunia lebih tinggi, kadar inflasi domestik, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, kekal rendah pada 1.2% pada suku kedua. Asas inflasi dalam ekonomi dijangka kekal rendah. Dari segi penawaran, pengeluar juga telah bertindak dengan membuat pelaburan baru dan menambah kapasiti dalam sektor-sektor utama ekonomi. Faktor persaingan dan pasaran pekerja yang stabil, serta peningkatan produktiviti juga telah menyumbang kepada kadar inflasi yang rendah. Dalam persekitaran ini, teras dasar monetari masa kini akan dikekalkan untuk menyokong pertumbuhan. Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (KDS) kekal tidak berubah pada 2.70%.
Bank Negara Malaysia
25 Ogos 2004
25 Ogos 2004

