Berita & Pusat Media

 
>  Siaran Akhbar > Pernyataan Dasar Monetari
Ref No : 11/04/29 (BN)
 
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam18 00 pada hari Selasa 30 November 2004
 
Pernyataan Dasar Monetari
 
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar tahunan 6.8% pada suku ketiga 2004, meningkatkan pertumbuhan KDNK benar pada tiga suku pertama 2004 kepada 7.6%. Pertumbuhan disokong oleh peningkatan pesat permintaan sektor swasta melalui sumbangan kedua komponen, iaitu, permintaan penggunaan dan pelaburan. Pertumbuhan juga di dorong oleh pertumbuhan eksport yang berterusan.

Prospek masa hadapan ekonomi Malaysia kekal menggalakkan. Sektor eksport dijangka akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi di dalam persekitaran ekonomi dunia yang lebih berdaya tahan terhadap kenaikan harga minyak, di samping jangkaan penurunan permintaan global bagi barangan IT. Di sektor dalam negeri pula, permintaan sektor swasta dijangka akan disokong oleh peningkatan pendapatan boleh guna, sentimen pelabur yang positif, keadaan guna tenaga yang stabil, harga komoditi yang memberangsangkan serta perolehan sektor korporat yang meningkat. Pengembangan ekonomi Malaysia terus disokong sepenuhnya oleh asas ekonomi yang kukuh.

Inflasi, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna, meningkat pada kadar tahunan 1.6% untuk tempoh Julai sehingga Oktober tahun 2004, mencerminkan kesan peningkatan caj pengangkutan berikutan kenaikan harga runcit minyak serta kesan kenaikan cukai ke atas rokok dan minuman beralkohol. Walau bagaimanapun, kadar purata inflasi dijangka akan berada pada atau di bawah 1.5% pada tahun 2004 (Januari - Oktober: 1.2%). Peningkatan yang berterusan dalam pertumbuhan daya pengeluaran, persekitaran yang lebih berdaya saing serta pengembangan kapasiti yang mencukupi adalah faktor-faktor yang akan menurunkan risiko inflasi di Malaysia.

Oleh yang demikian, teras dasar monetari pada masa ini akan dikekalkan untuk menyokong pertumbuhan. Kadar dasar semalaman (KDS) akan terus tidak berubah dan kekal pada kadar 2.70%.
 
Bank Negara Malaysia
30 November 2004
 
 
Bookmark and Share
Last Updated Date : 30 November 2004
 

Sentiasa Berhubung

FacebookFacebook
Berinteraksi dengan kami.
TwitterTwitter
Ikuti perkembangan terkini.
 
Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7.0 dan Mozilla Firefox 3+
Total of Unique Visitor Since 1st January 2010 :
Last Updated Date : 21 January 2013