Ref No : 02/05/60 (BN)
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam17 00 pada hari Isnin 28 Februari 2005
Pernyataan Dasar Monetari
Kadar inflasi dijangka meningkat pada separuh pertama tahun 2005 disebabkan oleh perubahan dalam harga yang ditadbir, kenaikan sekali dalam cukai barangan tembakau dan alkohol, dan kemungkinan kesan pass-through dari luar negara. Kesan daripada faktor-faktor ini dijangka hanya sementara dan inflasi dijangka menjadi sederhana dan kekal terurus pada sepanjang tahun. Faktor-faktor yang dapat mengurangkan tekanan inflasi daripada bertambah termasuk produktiviti yang semakin meningkat dan pengembangan kapasiti, serta tekanan permintaan yang tidak begitu ketara.
Oleh yang demikian, dasar monetari akan terus berperanan menyokong pertumbuhan bagi memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang hampir pada tahap potensinya. Kadar dasar semalaman (OPR) kekal tidak berubah pada kadar semasa, iaitu 2.70%.
Bank Negara Malaysia
28 Februari 2005
28 Februari 2005

