Cetak       Kongsi


Penerbitan

Bank Negara mengeluarkan penerbitan berikut secara berkala:

 

Penerbitan Berkala

Laporan statistik bulanan dan suku tahunan yang mengandungi perkembangan monetari dan perbankan, ulasan ekonomi, dan juga pelbagai data statistik lain.

Penerbitan ini merupakan sumber perkembangan monetari dan perbankan yang standard. Ia melaporkan keadaan monetari, perbankan dan mudah tunai, selain pasaran modal dan ekonomi makro. Bahagian statistiknya memberikan pelbagai data seperti imbangan asas kumpulan sistem perbankan Malaysia, agregat monetari M1, M2 dan M3, penyata aset dan liabiliti Bank Negara, bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar, kadar faedah, kadar tukaran asing, indeks harga pengguna serta statistik perdagangan.

Keluaran Terkini: Buletin Perangkaan Bulanan Oktober 2016 | Arkib

Buletin Suku Tahunan Bank Negara mengandungi laporan keadaan ekonomi di sepanjang suku tahun. Kajian amnya merangkumi keadaan ekonomi dunia dan Malaysia di samping penunjuk-penunjuk utama, seperti KDNK dan agregat monetari. Buletin in juga mengandungi laporan mendalam berkenaan aktiviti bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.

Keluaran Terkini: Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Ketiga 2016 | Arkib

RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini membolehkan jangkauan yang lebih luas dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna kepada tahap yang lebih tinggi terhadap isu-isu kewangan. Sesungguhnya ini merupakan komitmen kami untuk mewujudkan aktivisme dan perlindungan kewangan yang lebih baik.

Penerbitan RINGGIT merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan dalam pendidikan kewangan. Adalah menjadi harapan kami penerbitan RINGGIT dapat menyediakan maklumat yang komprehensif, bermakna dan bermanfaat kepada para pengguna.

Keluaran Terkini: Ringgit October 2016 [PDF] | Arkib

 

Laporan

Bank mengeluarkan beberapa laporan setiap tahun yang menunjukkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan sistem kewangan, kewangan dan pembayaran, serta sektor enteprise kecil dan sederhana.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia memberikan maklumat yang banyak dan mendalam mengenai perkembangan ekonomi dan trendnya di Malaysia. Laporan ini mengandungi maklmat mengenai wang dan kredit, kewangan awam, perkembangan sektor benar (pengeluaran, harga, upah dan guna tenaga) dan perkembangan sektor luaran (kadar pertukaran, perdagangan dan imbangan pembayaran)

Keluaran Terkini Laporan Tahunan BNM 2015 | Arkib

Laporan ini juga mengandungi rencana mengenai topik terpilih yang menarik minat semasa serta relevan dengan pengurusan ekonomi makro negara.

Keluaran Terkini Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2015 | Arkib

Nota:Bermula tahun 2006, kedua-dua penerbitan Laporan Tahunan Insurans dan Laporan Tahunan Takaful telah dihentikan. Maklumat dan Statistik terkandung dalam laporan ini kini disiarkan dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran. Klik di sini untuk arkib Laporan Tahunan Insurans dan sini untuk Laporan Tahunan Takaful.


Note: Bermula tahun 2008, penerbitan Laporan Tahunan PKS diterbitkan oleh SMECorp Malaysia. Lawati laman SMECorp untuk mendapatkan laporan terkini. Klik sini untuk arkib.

 

Pelan Induk Sektor Kewangan

This 10-year Blueprint is a strategic plan that charts the future direction of the financial system as Malaysia transitions towards becoming a high valueadded, high-income economy.

Latest issue: Financial Sector Blueprint 2011 - 2020

This 10-year Blueprint is a strategic plan that charts the future direction of the financial system as Malaysia transitions towards becoming a high valueadded, high-income economy.

Latest issue: Financial Sector Masterplan 2001 - 2010

 

Lain-lain

Penyenaraian jilid persidangan yang dianjurkan oleh Bank.

Lebih : Jilid Persidangan

Bank juga menerbitkan pelbagai penyelidikan ekonomi, perbincangan dan kertas kerja

Lebih : Economic Research, Discussion and Occasional Papers Listing

Some of the Bank's publications are also available in CD-ROM format.

More : CD-ROM Listing

Over the years, the Bank has published a number of books on central banking, economy and the evolution of the Malaysian financial landscape.

More : Senarai Buku