Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menghantar *SMS ke nombor 15888 menggunakan kaedah berikut :
| Perkhidmatan yang ditawarkan | Mesej dihantar |
| Menghantar soalan atau aduan kepada Bank Negara Malaysia | BNM TANYA [aduan/soalan anda] contoh: BNM TANYA di manakah saya boleh menukar wang kertas rosak? |
| Mendapatkan butiran perhubungan dan alamat surat-menyurat bagi Bank Negara Malaysia | BNM ALAMAT |
| Mendapatkan maklumat mengenai cara memohon Laporan Kredit (CCRIS) | BNM CCRIS [alamat e-mel anda] |
| * Pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi mengenakan caj sebanyak RM0.15 bagi setiap SMS yang anda hantar dan RM0.20 bagi setiap mesej yang anda terima. | |
Nota: Pihak Bank akan menghubungi anda (melalui SMS) berkenaan pertanyaan atau aduan yang diajukan dalam tempoh 3 hari bekerja.
| Contoh: Menghantar mesej pertanyaan | |
![]() ![]() |
| Contoh: Mesej yang akan diterima | |
![]() ![]() |





