Cetak       Kongsi


About the Bank


Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Peranan Bank disokong oleh 39 jabatan/unit di Bank yang merangkumi tujuh bahagian berdasarkan fungsian seperti yang berikut:

Peranan dan Fungsi

Among the major role of the Bank is the prudent conduct of monetary policy, which has seen generally low and stable inflation for decades and thereby, preserving the purchasing power of the ringgit. The Bank is also responsible for bringing about financial system stability and fostering a sound and progressive financial sector. There is now in place a well diversified, comprehensive and resilient financial sector, that is able to meet the increasingly sophisticated needs of consumers and businesses, and which has become a growth driver in the economy.


The Bank also plays a significant developmental role, including development of financial system infrastructure with major emphasis placed on building the nation's efficient and secured payment systems as well as the necessary institutions (including Securities Commission, KLSE, now known as Bursa Malaysia and Credit Guarantee Corporation) which are important towards building a comprehensive, robust and resilient financial system.


The Bank actively promotes financial inclusion, which has led to improved access to financial services for all economic sectors and segments of society, thereby supporting balanced economic growth.


Other important roles of the Bank are being a banker and adviser to the Government, playing an active role in advising on macroeconomic policies and managing the public debt. It is also the sole authority in issuing currency as well as managing the country's international reserves.


The roles of the Bank are supported by 39 departments/units covering the following seven functional areas.

Dasar Ekonomi & Monetari

Penyediakan sokongan teknikal dan penyelidikan yang baik terutamanya mengenai isu berkaitan pertumbuhan untuk mempertingkat perumusan dasar monetari dan kredit bagi menggalakkan kestabilan monetari dan memastikan ketersediaan kredit yang mencukupi untuk membiayai pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan dan Operasi

Menguruskan mudah tunai domestik dan kadar pertukaran bagi memastikan sasaran dasar monetari dapat dicapai selain menguruskan rizab luar negeri bagi melindungi nilai dan mengoptimumkan pulangan rizab. Bank juga bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan menyediakan bantuan kepada Kerajaan berhubung dengan pengurusan hutang dan dana serta menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan domestik.

Pengawalan

Menggalakkan sektor kewangan yang stabil melalui pembangunan institusi dan infrastruktur kewangan yang mampan, kukuh dan mantap secara berperingkat-peringkat dan dengan itu mewujudkan industri kewangan tempatan yang kompetitif yang mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran masa hadapan yang berubah-ubah di samping menerajui inisiatif mempertingkat akses kepada pembiayaan. Dasar dan strategi turut dirumuskan dan dilaksanakan ke arah membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang terunggul serta meningkatkan keupayaan kewangan pengguna.

Sistem Pembayaran

Merangka dasar dan strategi bagi menggalakkan sistem penjelasan, penyelesaian dan pembayaran yang diyakini, selamat dan cekap di dalam negara.

Penyeliaan

Menghasilkan, menambah baik dan melaksanakan rangka kerja pengawasan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan dan menguatkuasakan amalan yang baik terhadap institusi tersebut.

Pembangunan Organisasi

Menerajui fungsi pengurusan strategik, pengurusan prestasi organisasi dan pengurusan program bagi memacu proses penambahbaikan prestasi dan mengukuhkan pembinaan keupayaan Bank. Selain itu, menerajui dan memacu inisiatif sumber manusia dan aktiviti strategik lain bagi memastikan keseluruhan rangka kerja Pengurusan Modal Insan dilaksanakan dengan berkesan.

Komunikasi

Fungsi komunikasi telah menjadi semakin penting bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak berkepentingan yang menghendaki ketelusan dan penzahiran yang lebih baik.


Meningkatkan Interaksi dan Hubungan dengan Orang Ramai


Sebagai sebahagian daripada usaha Bank untuk memberikan penekanan pada budaya kerja yang cekap, penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan efisien kepada pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, sentiasa diberikan keutamaan. Bagi menggalakkan orang ramai memahami dengan lebih mendalam hak, tanggungjawab, peluang dan risiko serta kos yang berkaitan berikutan penyertaan dalam sistem kewangan, usaha Bank telah tertumpu pada bidang yang berikut:

Khidmat Nasihat Kewangan dan Kaunseling

Bank juga telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dengan cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia bagi membantu pengguna menguruskan hutang mereka dan menjadi lebih berdikari dalam pengurusan hal-hal kewangan dan seterusnya mengekalkan daya tahan sektor isi rumah dalam proses pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Bank juga memainkan peranan penting dalam penubuhan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK), iaitu sebuah badan bebas yang menyediakan jalan penyelesaian yang objektif dan tepat pada masanya bagi pertikaian, tuntutan dan aduan berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh institusi kewangan kepada pengguna.

Aksesibiliti Bank kepada Orang Ramai

Dengan pelbagai inisiatif yang ada, akses yang mudah kepada Bank oleh orang ramai juga penting. Melalui interaksi dengan orang ramai, Bank dapat mempertingkat pemahaman mereka mengenai hal-hal kewangan di samping memperoleh maklumat berguna berhubung dengan isu sebenar yang dihadapi pengguna sektor kewangan, yang penting untuk membuat keputusan dasar. Dalam usaha mewujudkan pusat sehenti bagi perhubungan awam, Pusat Perhubungan Bersepadu (Integrated Contact Centre, ICC) telah ditubuhkan, yang menempatkan pengurusan pelanggan dan pengurusan kes di bawah satu bumbung. ICC terdiri daripada berikut:

  1. BNMLINK ialah pusat perkhidmatan pelanggan yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapat maklumat dan penjelasan berhubung dengan hal-hal kewangan dengan cepat dan berkesan. Bagi meluaskan jangkauan dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan di kawasan luar bandar, BNM MINILINK diwujudkan di cawangan-cawangan Bank di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
  2. BNM TELELINK melengkapkan  perkhidmatan BNMLINK dengan menguruskan pertanyaan melalui panggilan telefon, faksimile, surat dan e-mel; dan
  3. Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat (Complaint Management and Advisory, CMA), yang antara lainnya, memudahkan penyelesaian aduan orang ramai, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, terhadap institusi di bawah kawal selia Bank.
Pendidikan kepada Orang Ramai

Memandangkan sistem kewangan semakin berkembang, Bank telah melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan pengguna. Berikutan kecanggihan pasaran, produk dan perkhidmatan kewangan pada masa ini, Bank telah memulakan Program Pendidikan Pengguna (Consumer Education Programme) di seluruh negara untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Program ini terdiri daripada inisiatif BankingInfo danInsuranceInfo; penyertaan kanak-kanak sekolah yang disasarkan dalam program jangkauan Bank bagi meningkatkan pendidikan kewangan mereka; dan jerayawara (roadshows) pendidikan kewangan untuk meluaskan penyampaian maklumat kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar bandar.