Peluang Kerjaya di Bank Negara Malaysia Temuduga Terbuka untuk Jawatan Konstabel – Perkhidmatan Polis Bantuan
Release Date: 12 May 2017Bank Negara Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Konstabel dalam Perkhidmatan Polis Bantuan di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi, Bank Negara Malaysia
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun
- Sihat tubuh badan, mempunyai penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
- Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
- Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris
Calon hendaklah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
Kriteria |
Lelaki |
Wanita |
---|---|---|
Ketinggian Minimum (tidak berkasut) |
165 cm |
163 cm |
Berat Badan Minimum |
50 kg |
48 kg |
Ukuran Dada |
Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) |
- |
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI) |
Antara 19 hingga 26 |
|
Penglihatan |
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna |
FAEDAH dan KEMUDAHAN
- Pakej gaji yang menarik
- Kemudahan seperti perumahan (kuarters), pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
- Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian
- Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
- Peluang memajukan kerjaya
TEMUDUGA TERBUKA
Calon yang berkelayakan diminta untuk menghadiri sesi temuduga terbuka seperti yang berikut:
Tarikh/ Hari : 20 Mei 2017/ Sabtu
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Lanai Kijang
Bank Negara Malaysia
2, Jalan Berjasa
50480 Kuala Lumpur
Semasa menghadiri temuduga, calon dikehendaki membawa bersama:
- Pakaian formal untuk sesi temuduga dan pakaian sukan (kemeja-T berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stokin) untuk ujian kecergasan dan fizikal
- Satu (1) gambar terkini berukuran pasport
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan fotokopi depan dan belakang
- Resume terkini
- Sijil akademik (SPM/ STPM/ Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
- Penyata gaji tiga (3) bulan terkini, sekiranya berkenaan
- Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian
© Bank Negara Malaysia, 2018. All rights reserved.