| 1. | Soalan Lazim mengenai Serbuan Bersama ke atas Syarikat-syarikat yang Disyaki Menjalankan Skim Kewangan Haram Menggunakan Emas |
S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut? S: Bolehkah pelabur yang terbabit menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?
|
| 2. | Soalan Lazim mengenai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mendapatkan Laporan Kredit
Maklumat dalam CCRIS
Kemudahan Kredit/Permohonan Pembiayaan
Mengemas kini Maklumat
Lain-lain
Umum CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
3. Mengapakah Bank Negara Malaysia mewujudkan CCRIS? Salah satu fungsi Bank Negara Malaysia adalah untuk mengawal selia institusi kewangan supaya sistem kewangan negara kukuh dan stabil. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menggalakkan dasar kredit yang berhemat dan sikap profesional dalam kalangan institusi kewangan. Ini termasuk penerapan amalan perniagaan terbaik dalam pengurusan risiko kredit. Satu daripadanya adalah dengan menyediakan CCRIS kepada institusi kewangan supaya mereka boleh membuat keputusan pemberian pinjaman berdasarkan maklumat yang mencukupi dengan lebih cepat.
4. Apakah Biro Kredit Bank Negara Malaysia? Biro Kredit Bank Negara Malaysia (Biro Kredit) ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 untuk menguruskan CCRIS.
5. Adakah aktiviti Biro Kredit dikawal selia? Ya, Biro Kredit dikehendaki beroperasi berdasarkan peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
6. Bolehkah saya menghalang Biro Kredit daripada menyimpan maklumat tentang diri saya? Tidak boleh. Biro Kredit diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengumpul dan menyimpan maklumat sedemikian.
Mendapatkan Laporan Kredit
Ya. Akta Bank Negara Malaysia 2009 membenarkan Bank Negara Malaysia mendedahkan maklumat kredit seseorang individu kepada individu berkenaan untuk tujuan pengesahan ketepatan maklumat yang dilaporkan oleh institusi kewangan dalam laporan kredit.
8. Adakah institusi kewangan dibenarkan melihat laporan kredit seseorang individu yang bukan pelanggannya/bakal pelanggannya?
9. Institusi kewangan memaklumi saya bahawa saya mempunyai rekod laporan kredit yang buruk. Di manakah boleh saya dapatkan perincian mengenai rekod tersebut? (1) Sekiranya anda tinggal di Lembah Klang, anda boleh dapatkan laporan kredit daripada Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di Ibu Pejabat di alamat berikut: BNMLINK (2) Sekiranya anda tinggal di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu atau Kuching, anda boleh dapatkan laporan kredit dari cawangan Bank Negara Malaysia di alamat berikut: Bank Negara Malaysia Pulau Pinang Bank Negara Malaysia Johor Bahru Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu Bank Negara Malaysia Kuching Cawangan Bank Negara Malaysia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum), dari 9.00 pagi - 5.00 petang (ditutup pada waktu makan tengah hari: 1.00 tengah hari - 2.00 petang, kecuali hari Jumaat dari pukul 12.30 tengah hari - 2.30 petang). (3) Sekiranya anda bukan dari kawasan tersebut, anda boleh memohon laporan kredit dengan melengkapkan dan menghantar kepada kami borang permohonan laporan kredit berserta dokumen berikut:
Sila hantar melalui pos atau faksimile borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan ke alamat berikut: Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda datang sendiri ke BNMLINK atau mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia, anda boleh dapatkan laporan kredit dengan segera. Walau bagaimanapun, tempoh antara dua hingga empat minggu diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima melalui pos/faksimile memandangkan laporan tersebut akan dihantar ke institusi kewangan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk diambil.
10. Berapa kerapkah boleh saya dapatkan laporan kredit? Anda boleh mendapatkan laporan kredit setiap tiga bulan sekali.
11. Bolehkah saya dapatkan maklumat CCRIS melalui telefon daripada Bank Negara Malaysia? Tidak boleh. Kami tidak dibenarkan mendedahkan maklumat CCRIS memandangkan pengesahan tidak dapat dibuat melalui telefon.
12. Bolehkah saya dapatkan laporan kredit daripada bank saya? Tidak boleh. Anda hanya boleh dapatkan laporan kredit daripada Bank Negara Malaysia.
13. Bolehkah saya berikan kebenaran kepada orang lain untuk mendapatkan laporan kredit saya daripada Bank Negara Malaysia? Tidak boleh. Laporan kredit hanya boleh diberikan kepada individu yang berkenaan sahaja.
14. Seorang rakan saya perlu mendapatkan laporan kreditnya. Bolehkah saya dapatkan laporan tersebut bagi pihaknya?
15. Saya akan menjadi penjamin untuk satu pinjaman. Bolehkah saya dapatkan salinan laporan kredit peminjam berkenaan yang saya telah/akan jamin?
16. Saya seorang peminjam. Bolehkah saya dapatkan salinan laporan kredit penjamin saya?
17. Bolehkah saya dapatkan laporan kredit bagi pihak ibu saya yang sedang sakit? Boleh. Permohonan mestilah disertakan dengan Borang Permohonan Laporan Kredit yang telah dilengkapkan berserta dokumen berikut:
18. Rakan saya telah kematian bapanya baru-baru ini. Bolehkah rakan saya itu mendapatkan laporan kredit bapanya? Laporan kredit si mati hanya boleh diberikan kepada individu yang diberi kuasa secara sah untuk mentadbir harta pusaka si mati seperti yang dinamakan dalam Surat Tadbir Kuasa. Permohonan perlu dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan laporan kredit berserta satu (1) salinan dokumen berikut:
19. Saya merupakan pengarah sebuah syarikat dan ingin mendapatkan laporan kredit syarikat, apakah prosedurnya? Permohonan perlulah disertakan dengan Borang Permohonan Laporan Kredit yang telah dilengkapkan dengan disokong oleh dokumen berikut:
* Sila ambil perhatian bahawa surat kuasa dan semua salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah bertarikh 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.
20. Berapakah yang perlu saya bayar untuk satu salinan laporan kredit? Tiada bayaran dikenakan oleh Bank Negara Malaysia buat masa ini.
Maklumat dalam CCRIS 21. Dari manakah Biro Kredit mendapatkan maklumat? Biro Kredit mendapatkan maklumat daripada institusi kewangan yang menyertai CCRIS, iaitu semua bank perdagangan, bank Islam, bank pelaburan, bank pembangunan, sebahagian syarikat insurans, pengeluar instrumen pembayaran dan institusi pemulihan berlesen.
22. Apakah maklumat yang dilaporkan oleh institusi kewangan kepada Biro Kredit?
23. Apakah jenis kemudahan kredit yang dilaporkan oleh institusi kewangan kepada Biro Kredit? Institusi kewangan dikehendaki melaporkan semua jenis kemudahan kredit yang diberikan kepada peminjam, termasuk kad kredit, overdraf, kemudahan perdagangan, pinjaman perumahan, dan sebagainya.
24. Bolehkah saya dapatkan maklumat tentang sejarah pinjaman saya daripada CCRIS? Laporan kredit hanya menunjukkan pinjaman belum berbayar atau akaun yang masih aktif serta permohonan kredit sepanjang 12 bulan terakhir.
25. Saya kini mempunyai kad kredit daripada institusi kewangan. Adakah kemudahan kad kredit dilaporkan dalam CCRIS? Ya. Maklumat kad kredit turut dilaporkan dalam CCRIS.
26. Saya mempunyai akaun semasa dengan sebuah institusi kewangan, adakah maklumat ini dilaporkan dalam CCRIS? Institusi kewangan tidak dikehendaki dan tidak seharusnya melaporkan sebarang maklumat akaun semasa dalam CCRIS. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kemudahan overdraf bersama-sama dengan akaun semasa tersebut, maklumat berkaitan kemudahan overdraf berkenaan akan dilaporkan dalam CCRIS.
27. Saya mempunyai akaun semasa tanpa kemudahan overdraf tetapi saya dimaklumkan oleh sebuah institusi kewangan bahawa saya mempunyai kemudahan tersebut. Bagaimanakah maklumat ini boleh dilaporkan kepada CCRIS?
28. Saya dimaklumkan oleh institusi kewangan bahawa akaun kemudahan kredit saya tertunggak. Sekiranya saya menjelaskan jumlah tunggakan tersebut, adakah rekod tunggakan tersebut akan dikeluarkan daripada laporan kredit saya? Jika anda telah menyelesaikan jumlah tunggakan, akaun yang kembali teratur ini akan ditunjukkan pada bulan anda membuat penyelesaian tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ansuran tertunggak sepanjang 12 bulan yang lalu akan dipaparkan dalam laporan kredit.
29. Saya dapati satu daripada pinjaman saya dilaporkan di bawah Akaun Di bawah Pemerhatian Khas. Apakah Akaun Di bawah Pemerhatian Khas? Pinjaman yang dilaporkan di bawah Akaun Di bawah Pemerhatian Khas ialah semua kemudahan kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan sebagai usaha untuk mendapatkan semula bayaran bagi pinjaman tersebut atau pinjaman yang sedang dibayar. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai akaun tersebut, anda boleh hubungi institusi kewangan yang berkenaan.
Kemudahan Kredit/Permohonan Pembiayaan
31. Adakah Bank Negara Malaysia memberikan sebarang penarafan kredit terhadap pemohon kredit? Bank Negara Malaysia tidak memberikan sebarang penarafan kredit atau pandangan mengenai kepercayaan kredit (credit worthiness) pemohon pinjaman.
32. Adakah Bank Negara Malaysia menetapkan keputusan pemberian kemudahan kredit oleh institusi kewangan menerusi Biro Kredit?
33. Permohonan pinjaman saya telah ditolak disebabkan rekod kredit saya yang buruk seperti ditunjukkan dalam CCRIS. Apakah yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki kedudukan kredit saya? Rekod kredit yang buruk mungkin disebabkan oleh tunggakan hutang dalam akaun di institusi kewangan yang belum dijelaskan atau pembayaran dibuat bukan pada masa yang ditetapkan. Anda dinasihati supaya berbincang mengenai skim bayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Rekod kredit anda akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila akaun anda kembali teratur.
34. Jika permohonan kredit saya ditolak oleh institusi kewangan, adakah ini bermakna nama saya telah disenarai hitam? Tidak. Bank Negara Malaysia tidak menyenarai hitam sesiapa kerana ia tidak memberi sebarang pandangan mengenai maklumat dalam laporan kredit. Maklumat mengenai permohonan kredit yang ditolak juga tidak ditunjukkan dalam laporan kredit untuk memastikan institusi kewangan tidak bersikap prejudis ekoran keputusan oleh institusi kewangan yang lain.
Mengemas kini Maklumat 35. Jika saya menyelesaikan semua pinjaman saya sekarang, bilakah rekod laporan kredit akan dikemas kini?
36. Saya telah membuat pembayaran penuh akaun kredit saya. Mengapakah Bank Negara Malaysia masih belum mengemaskinikan rekod saya? Bank Negara Malaysia hanya mengumpul maklumat kredit daripada institusi kewangan dan tidak mengemas kini sebarang rekod. Institusi kewangan terbabit yang bertanggungjawab untuk mengemas kini rekod anda. Sekiranya anda dapati rekod kredit tersebut belum dikemas kini, sila maklumkan perkara ini kepada institusi kewangan yang berkenaan.
37. Saya bukan lagi pemilik/rakan kongsi sebuah perniagaan, tetapi institusi kewangan masih lagi melaporkan saya sebagai pemilik perniagaan tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?
38. Saya rakyat asing yang bekerja di Malaysia dan sedang memohon kad kredit daripada sebuah bank. Walau bagaimanapun, saya diberitahu ada individu lain yang mempunyai nombor dokumen pengenalan diri (ID) yang hampir sama dengan nombor pasport saya. Oleh itu, pihak bank tidak boleh memproses permohonan kad kredit saya kerana khuatir terdapat unsur-unsur penipuan. Bagaimanakah cara untuk saya selesaikan masalah ini? Memandangkan nombor pasport asing tidak unik, nombor ID yang diberi kepada seseorang rakyat Malaysia kebetulan sama dengan nombor pasport anda. Ini tidak bermakna terdapat unsur penipuan. Dalam keadaan ini, sila maklumi pegawai bank yang memproses permohonan kad kredit tersebut supaya menghubungi Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan perkara itu, atau anda juga boleh memberi maklumat mengenai pegawai bank tersebut kepada kami untuk tindakan susulan.
39. Saya telah mendapatkan laporan kredit dan terdapat satu pinjaman yang ingin saya keluarkan daripada laporan kredit tersebut kerana saya sedang mempertikaikan pinjaman tersebut dengan institusi kewangan berkenaan. Saya tidak bersetuju dengan penyelenggaraan akaun tersebut yang dilaporkan sebagai tidak berbayar selepas saya menentang caj faedah yang dikenakan terhadap pinjaman berkenaan. Bagaimanakah caranya untuk saya mengeluarkannya? Item pinjaman tersebut tidak boleh dikeluarkan daripada laporan kredit kerana masih ada baki pinjaman belum berbayar dengan institusi kewangan berkenaan. Walau bagaimanapun, ini bergantung pada hasil penyelesaian pertikaian tersebut dan kami boleh memberi pilihan kepada anda untuk menamakan laporan anda dengan nama khas. Ini bermakna bahawa apabila permohonan pinjaman anda sedang diproses oleh institusi kewangan, institusi tersebut perlu mendapatkan laporan kredit anda daripada Bank Negara Malaysia. Apabila laporan kredit anda diberikan kepada institusi kewangan terlibat, kami akan sertakan kenyataan anda dan kronologi peristiwa yang berkaitan dengan kes yang dipertikaikan. Ingin dimaklumkan di sini bahawa dengan maklumat tambahan tersebut, keputusan untuk meluluskan atau menolak pinjaman anda masih lagi tertakluk kepada pertimbangan institusi kewangan yang memproses pinjaman tersebut.
40. Saya dimaklumkan bahawa nama saya ada dalam CTOS. Bagaimanakah untuk mengemas kini rekod tersebut? CTOS Sdn. Bhd. (CTOS) ialah agensi rujukan kredit swasta dan tidak mempunyai hubung kait dengan Bank Negara Malaysia. Anda boleh menghubungi CTOS di talian 03-27708833 untuk maklumat lanjut.
41. Saya telah diisytiharkan muflis beberapa tahun lalu dan saya telah pun menyelesaikan sepenuhnya pinjaman saya. Bolehkah Bank Negara Malaysia mengeluarkan nama saya daripada status muflis tersebut? Tidak boleh. Anda dikehendaki berurusan terus dengan Jabatan Insolvensi di talian 03-88851000 berhubung status muflis tersebut.
42. Saya pernah menjamin seseorang beberapa tahun yang lalu. Individu berkenaan tidak mampu membayar balik pinjaman tersebut sehingga ia tertunggak. Bagaimanakah boleh saya elakkan nama saya daripada disenarai hitam? Bank Negara Malaysia tidak mempunyai sistem senarai hitam. Menjadi penjamin ialah satu kontrak sah yang mengikat anda untuk membayar hutang peminjam sekiranya peminjam gagal berbuat demikian. Tahap tanggungan penjamin adalah seperti yang termaktub dalam dokumen jaminan dan anda akan dipertanggungjawabkan untuk liabiliti tersebut sebagaimana dinyatakan dalam terma dokumen jaminan berkenaan. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan penjelasan daripada institusi kewangan yang berkenaan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Lain-lain43. Baru-baru ini saya telah menarik diri daripada sebuah perniagaan perkongsian. Bagaimanakah caranya saya boleh mengelakkan nama saya digunakan dalam permohonan pinjaman baharu atau sebagai penjamin kepada perniagaan yang saya bukan lagi salah seorang pemiliknya? Anda dinasihati untuk menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan nama anda sebagai salah seorang rakan kongsi dan maklumat lain yang berkaitan telah dikemaskinikan dengan sewajarnya.
44. Saya menanggung hutang yang banyak dan tidak lagi mampu membayar pinjaman yang sedia ada. Saya berharap pinjaman saya dapat dijadualkan semula. Bagaimanakah Bank Negara Malaysia boleh membantu saya? Anda boleh mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di talian 1-800-88-2575. AKPK ialah agensi yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penjadualan semula hutang untuk individu.
45. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut mengenai CCRIS? Anda boleh layari laman sesawang Biro Kredit di http://creditbureau.bnm.gov.my atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.
|
| 3. | Soalan lazim mengenai duit syiling RM1 | |||||||||||
|
| 4. | Soalan Lazim mengenai Skim Cepat Kaya | |||
Aktiviti pengambilan deposit secara haram Urus niaga mata wang asing haram
Skim urus niaga mata wang asing haram Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
Alamat: Unit Penyiasatan Khas Kami juga boleh dihubungi di nombor telefon yang berikut: Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143
|
| 5. | Soalan lazim mengenai Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek |
Manfaat dan kesan kepada Orang Ramai
Dokumen Pulangan Imej
Cap Getah, Cap dan Mohor Persendirian
Penjelasan Cek di Luar Lembah Kelang
Lain-lain
Perpindahan kepada e-pembayaran
|

