Cetak       Kongsi


Historical Background



Wang Kertas Siri Pertama

Nature
 

Satu Dolar
Lima Dolar
Sapuluh Dolar
Lima Puluh Dolar
Satu Ratus Dolar
Satu Ribu


Wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967. Wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka, iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis nilai $1,000 telah dikeluarkan pada 2 September 1968.

Reka bentuk asas wang kertas tersebut adalah sama bagi semua jenis nilai. Muka hadapan setiap wang kertas menggambarkan potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama, berserta perkataan Bank Negara Malaysia. Perkataan ‘sah diperlakukan’, nilai mukanya dan tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, iaitu anak Malaysia yang pertama menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia, terdapat pada muka hadapan wang kertas tersebut. Muka belakangnya mengandungi logo Bank Negara Malaysia dan latar belakangnya dihiasi reka bentuk geometri.

Ciri-ciri keselamatannya termasuk tera air kepala harimau yang terletak di sebelah kiri dan benang keselamatan di sebelah kanan.

Berikutan pelaksanaan rasmi sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia telah menggunakan sistem ejaan baharu dalam percetakan wang kertas baharunya, tetapi masih mengekalkan reka bentuk yang sedia ada.

Perubahan ejaan adalah seperti yang berikut:-

Jenis Nilai Ejaan Lama Ejaan Baharu
$1 hingga $1,000 GABENUR GABENOR
DI-PERLAKUKAN DIPERLAKUKAN
$10 SA-PULOH SEPULUH
$50 LIMA PULOH LIMA PULUH
$100 SA-RATUS SERATUS
$1000 SA-RIBU SERIBU

Pada awal tahun 1982, wang kertas bernilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1000 dikeluarkan dengan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang kedua, iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Taha. Ciri-ciri lain dan coraknya adalah sama seperti wang kertas yang dikeluarkan antara tahun 1967 hingga1982.



Nota:
Gambar-gambar mata wang yang tertera tidak semestinya mengikut saiz sebenar. Ukuran berasingan diberikan mengikut kepentingan bahan-bahan yang dipaparkan.
Maklumat lanjut mengenai sejarah mata wang Malaysia boleh didapati dalam buku “Warisan Numismatik Malaysia" (ISBN-983-9586-36-X).


See also:

 

 

Banknotes:
     First Series
     Second Series
     Third Series

Coins:
     First Series
     Second Series