Cetak       Kongsi


Historical Background



Wang Kertas Siri Kedua

Nature
 

Satu Dolar
Lima Dolar
Sepuluh Dolar
Dua puluh Dolar
Lima Puluh Dolar
Satu Ratus Dolar
Lima Ratus Dolar
Satu Ribu Dolar


Pada 1 September 1982, Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas dengan dua jenis nilai, iaitu $20 dan $500 yang sah diperlakukan sebagai tambahan kepada jenis nilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1,000 yang sedia ada dalam edaran. Wang kertas baharu, pada keseluruhannya mempunyai reka bentuk baharu yang mencerminkan kebudayaan Malaysia. Reka bentuk am wang ini berasaskan perhiasan, ukiran kayu dan hasil kerja tangan tradisi Malaysia yang lain serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat di beberapa tempat di negara ini. Tera air kepala harimau pada muka hadapan wang kertas siri lama telah digantikan dengan potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas dengan jenis nilai $10, $50 dan $100 dikeluarkan pada 15 September 1983, manakala wang kertas $1, $5 dan $1000 dikeluarkan pada 16 Januari 1984 bersempena dengan ulang tahun penubuhan Bank Negara Malaysia ke-25 pada 26 Januari 1984. Muka belakang wang kertas siri kedua ini dicetak dengan lakaran bangunan dan mercu tanda penting di ibu kota. Wang kertas siri ini juga lebih kecil saiznya daripada wang kertas siri terdahulu bagi jenis nilai yang sama, supaya lebih mudah dikendalikan dan disimpan.

Reka Bentuk Am Bagi Jenis Nilai Yang Berbeza

Pada bulan Januari 1986, Bank Negara Malaysia mengeluarkan reka bentuk baharu dengan beberapa ciri keselamatan tambahan pada wang kertas. Ciri-ciri keselamatan yang ditambah baik ini adalah supaya wang kertas tersebut lebih sukar untuk dipalsukan.

Wang kertas siri ini telah ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (1985–1994). Ciri-ciri keselamatan baharu yang ditambah ialah benang keselamatan yang boleh dilihat dengan lebih jelas, imej pendam jenis nilai yang lebih besar, tanda pandang telus yang lebih besar serta nombor siri yang dicetak secara menegak dalam dakwat merah, dan secara melintang dalam dakwat hitam.

Mulai 1 Januari 1993, wang kertas satu Ringgit dihentikan pengeluarannya. Wang kertas satu Ringgit yang berada dalam edaran masih sah diperlakukan dan terus diedarkan bersama-sama dengan duit syiling satu Ringgit sehinggalah wang kertas satu Ringgit dikeluarkan daripada edaran.

Mulai 1 Mei 1994, wang kertas $5, $10, $50, $100, $500 dan $1000 ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don. Ciri-ciri dan reka corak wang kertas adalah sama dengan keluaran sebelumnya. Wang kertas $500 dan $1000 tidak sah diperlakukan lagi berkuat kuasa 1 Julai 1999.



Nota:
Gambar-gambar mata wang yang tertera tidak semestinya mengikut saiz sebenar. Ukuran berasingan diberikan mengikut kepentingan bahan-bahan yang dipaparkan.
Maklumat lanjut mengenai sejarah mata wang Malaysia boleh didapati dalam buku “Warisan Numismatik Malaysia" (ISBN-983-9586-36-X).


See also:

 

 

Banknotes:
     First Series
     Second Series
     Third Series

Coins:
     First Series
     Second Series