Cetak       Kongsi


Historical Background



Wang Kertas Siri Ketiga

Nature
 

Satu Ringgit
Dua Ringgit
Lima Ringgit
Sepuluh Ringgit
Lima Puluh Ringgit
Satu Ratus Ringgit


Pada 5 Februari 1996, Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas RM2, yang merupakan nilai mata wang pertama daripada siri reka bentuk baharu mata wang Malaysia yang bertemakan Wawasan 2020. Paparan perkembangan dan pencapaian pesat ekonomi Malaysia digunakan buat kali pertama dalam wang kertas siri ini. Berikut ialah keluaran jenis nilai yang lain:

Currency Denomination Date of Issue
RM10 19 Januari 1998
RM50 20 Julai 1998
RM100 26 Oktober 1998
RM5 27 September 1999
RM1 8 November 2000

Beberapa ciri keselamatan diperkenalkan pada wang kertas siri ini. Antaranya ialah benang keselamatan berwarna pelangi dengan cetakan ‘BNM’ dan jenis nilai masing-masing pada wang kertas tersebut, di samping potret tera air tiga dimensi. Selain itu, wang kertas siri ini mempunyai ciri antisalinan pendua yang dikenali sebagai PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key), benang serat serta nombor siri novel yang dicetak secara melintang di bahagian atas sebelah kiri dalam dakwat magnetik pendarfluor hitam dan secara menegak di sebelah kanan dalam dakwat pendarfluor merah. Wang kertas RM10, RM50 dan RM100 pula mempunyai ciri tambahan, iaitu jalur holografi ubahan optik yang dikenali sebagai LEAD (Long-lasting Economical Anticopy Device).



Nota:
Gambar-gambar mata wang yang tertera tidak semestinya mengikut saiz sebenar. Ukuran berasingan diberikan mengikut kepentingan bahan-bahan yang dipaparkan.
Maklumat lanjut mengenai sejarah mata wang Malaysia boleh didapati dalam buku “Warisan Numismatik Malaysia" (ISBN-983-9586-36-X).


See also:

 

 

Banknotes:
     First Series
     Second Series
     Third Series

Coins:
     First Series
     Second Series