Cetak       Kongsi


Historical Background



Duit Syiling Siri Pertama

Duit syiling Malaysia mula dikeluarkan pada 12 Jun 1967. Duit syiling keluaran ini terdiri daripada lima jenis nilai (1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen) yang mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling jenis nilai $1 untuk edaran biasa telah dikeluarkan pada 1 Mei 1971. Bahagian hadapan setiap duit syiling diterakan dengan gambar bangunan Parlimen yang melambangkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada demokrasi. Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan bintang 13 melambangkan 13 buah negeri di negara ini. Pada bahagian belakang duit syiling, terdapat satu corak bunga kebangsaan, iaitu Bunga Raya, perkataan ‘Malaysia' dan tahun duit syiling ditempa.



Nota:
Gambar-gambar mata wang yang tertera tidak semestinya mengikut saiz sebenar. Ukuran berasingan diberikan mengikut kepentingan bahan-bahan yang dipaparkan.
Maklumat lanjut mengenai sejarah mata wang Malaysia boleh didapati dalam buku “Warisan Numismatik Malaysia" (ISBN-983-9586-36-X).


See also:

 

 

Banknotes:
     First Series
     Second Series
     Third Series

Coins:
     First Series
     Second Series