Cetak       Kongsi


Malaysian Banknotes and Coins: Past Series


Wang Kertas Keluaran Bank Negara Malaysia

Kuasa untuk mengeluarkan mata wang telah diserahkan kepada Bank Negara Malaysia di bawah Ordinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 yang membentuk Bank Negara Tanah Melayu pada bulan Januari 1959. Walau bagaimanapun, Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo terus mengeluarkan mata wang sehingga 12 Jun 1967. Selepas itu, Bank Negara Malaysia mengambil alih kuasa sebagai pengeluar mata wang tunggal untuk seluruh Malaysia. Mata wang Malaya yang lama terus diedarkan bersama-sama mata wang Malaysia yang baharu sehinggalah 16 Januari 1969, apabila taraf sah diperlakukannya dimansuhkan.



Wang Kertas Siri Pertama

Wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Jun 1967. Wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka, iaitu $1, $5, $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis nilai $1,000 telah dikeluarkan pada 2 September 1968.

Baca Lebih lanjut

Wang Kertas Siri Kedua

Pada 1 September 1982, Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas dengan dua jenis nilai, iaitu $20 dan $500 yang sah diperlakukan sebagai tambahan kepada jenis nilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1,000 yang sedia ada dalam edaran. 

Baca Lebih lanjut

Wang Kertas Siri Ketiga

Pada 5 Februari 1996, Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas RM2, yang merupakan nilai mata wang pertama daripada siri reka bentuk baharu mata wang Malaysia yang bertemakan Wawasan 2020. 

Baca Lebih lanjut



Siri-siri Terdahulu Wang Syiling


Duit Syiling Siri Pertama

Duit syiling Malaysia mula dikeluarkan pada 12 Jun 1967. Duit syiling keluaran ini terdiri daripada lima jenis nilai (1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen) yang mempunyai reka bentuk yang sama. 

Baca Lebih lanjut

coins_circulation

Duit syiling siri kedua untuk edaran biasa dikeluarkan pada 4 September 1989. Duit syiling ini mempunyai spesifikasi teknikal yang sama seperti duit syiling siri pertama, kecuali duit syiling satu Ringgit siri kedua ini lebih kecil saiznya berbanding dengan keluaran awal dan diperbuat daripada campuran tembaga-zink-timah.

Baca Lebih lanjut



Nota:
Gambar-gambar mata wang yang tertera tidak semestinya mengikut saiz sebenar. Ukuran berasingan diberikan mengikut kepentingan bahan-bahan yang dipaparkan.
Maklumat lanjut mengenai sejarah mata wang Malaysia boleh didapati dalam buku “Warisan Numismatik Malaysia" (ISBN-983-9586-36-X).