Cetak       Kongsi


Legislation



Bagi membolehkan Bank mencapai matlamatnya sebagai sebuah bank pusat, Bank diperuntukkan kuasa perundangan yang komprehensif di bawah undang-undang berikut untuk mengawal dan menyelia sistem kewangan. Undang-undang ini termasuk:

Akta Bank Negara Malaysia 2009

Akta yang menyediakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Bank Negara Malaysia dan bagi pentadbiran, matlamat, fungsi dan kuasa Bank serta perkara berbangkit atau bersampingan dengannya.

Mengandungi Pindaan Terkini sehingga Akta A1443/2013 cif 8 Feb 2013

[*Note: Section 61 to Section 66 of Part VIII of this Act have not come into force yet. In this regard, Part III of the repealed Central Bank of Malaysia Act 1958 (Revised-1994) [Act 519] on currency containing Section 18 to Section 27A are still in force notwithstanding the repeal of that Act]

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang dan pasaran pertukaran asing. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.

Tarikh kuat kuasa:

30 Jun 2013, kecuali seksyen 129 dan Jadual 9, berkuatkuasa 1 Jan 2015, lihat [P.U. (B) 276/2013 dan P.U. (B) 552/2014]

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan lain serta pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam. Ini bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan kepada Syariah dan perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan dengannya.

Tarikh kuat kuasa:

Tarikh kuat kuasa: 30 Jun 2013, kecuali perenggan 1 hingga 10 Jadual 9, dan perenggan 13 hingga 19 dalam Jadual 9, berkuatkuasa 1 Jan 2015, lihat [P.U. (B) 277/2013dan P.U. (B) 553/2013]

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Insurans 1996

Akta yang menyediakan undang-undang baharu untuk pelesenan dan pengawalseliaan perniagaan insurans, perniagaan pembrokeran insurans, perniagaan penyelarasan dan perniagaan penasihat kewangan serta perkara lain yang berkaitan. Mengandungi Pindaan Terkini sehingga Akta A1247/2005 - cif: 1 Januari 1997 

Nota: Akta ini telah dimansuhkan kecuali seksyen 147(4), 147(5), 150, 151, 144 dan 224 yang akan terus berkuat kuasa sepenuhnya, sila lihat seksyen 275 FSA 2013 - Akta 758

Lihat juga : Garis Panduan Permohonan Lesen Penasihat Kewangan di bawah Akta Insurans 1996 [PDF, 38K](Tarikh Semakan – 18 September 2007)

Garis panduan untuk memudahkan permohonan lesen penasihat kewangan di bawah seksyen 17 Akta Insurans 1996. Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan yang berkaitan: -


Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Act 618)

Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DFIA) yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002 memberi tumpuan pada usaha menggalakkan pembangunan institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berkesan dan cekap bagi memastikan peranan, matlamat dan aktiviti IKP selaras dengan dasar Kerajaan dan peranan yang dimandatkan kepada IKP dilaksanakan dengan berkesan dan cekap. DFIA jugamemberi penekanan kepada pengurusan yang mantap dan tadbir urus korporat yang berkesan, menyediakan mekanisme penyeliaan yang komprehensif dan mekanisme untuk mengukuhkan kedudukan kewangan IKP melalui penentuan terperinci keperluan kehematan.

Mengandungi Pindaan Terkini sehingga PU (A) 14/2016 - cif: 31 Januari 2016

Lihat jugaCiri-ciri Utama DFIA

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)

The AMLATFPUAA provides for the offence of money laundering, the measures to be taken for the prevention of money laundering and terrorism financing offences, investigation powers and the forfeiture of property involved in or derived from money laundering and terrorism financing offences, as well as terrorist property, proceeds of an unlawful activity and instrumentalities of an offence. The First Schedule of the AMLATFPUAA contains a list of the reporting institutions under the AMLATFPUAA i.e. financial institutions and designated non-financial businesses and professions which are required to perform certain obligations which are designed to prevent money laundering and terrorism financing offences. The Second Schedule of the AMLATFPUAA lists serious offences from various legislation, which if committed, are likely to result in a person benefitting or deriving proceeds from the offence.

The AMLATFPUAA promotes a collaborative and multi-agency approach by setting out the powers and functions of:

a. the competent authority which is responsible to oversee the performance of obligations by the reporting institutions, facilitate the enforcement of the AMLATFPUAA and co-operate with the foreign financial intelligence units;
b. enforcement agencies which are responsible to investigate the offences under the AMLATFPUAA; and
c. supervisory and regulatory authorities which are responsible to facilitate in the implementation of the AMLATFPUAA.

The Minister of Finance has appointed BNM as the competent authority under the AMLATFPUAA. The Financial Intelligence and Enforcement Department of BNM is responsible to perform BNM's functions as the competent authority under the AMLATFPUAA

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

Akta yang menyediakan peruntukan bagi pelesenan, pengawalan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang serta perkara yang berkaitan.

Muat turun | Seluruh Kandungan


Akta Pendanaan Kerajaan 1983

Akta yang menyediakan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memperoleh dana mengikut prinsip Syariah dan untuk menyediakan peruntukan bagi perkara bersampingan atau berkaitan dengannya.

Muat turun | Seluruh Kandungan