Cetak       Kongsi


Financial Stability

Amalan Pasaran

Menggalakkan amalan pasaran yang adil dan saksama

Bank Negara Malaysia telah memperhebatkan usaha untuk menggalakkan amalan pasaran yang adil dan saksama dalam industri perkhidmatan kewangan. Usaha-usaha ini telah ditumpukan terutamanya ke arah meningkatkan lagi ketelusan dan penzahiran produk, serta menggalakkan standard profesionalisme yang tinggi dalam kalangan penyedia perkhidmatan kewangan dalam urusan mereka dengan pengguna.

Menggalakkan keupayaan kewangan pengguna

Bank Negara Malaysia, melalui perkongsian pintar bersama-sama rakan-rakannya, telah melaksanakan Program Pendidikan Pengguna(Consumer Education Programme, CEP) yang menyediakan akses kepada maklumat tentang produk dan perkhidmatan kewangan serta pengurusan wang untuk pengguna. CEP juga bertujuan untuk melengkapkan pengguna dengan pengetahuan yang mencukupi untuk memahami risiko dan obligasi yang terlibat dalam membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang lengkap. Pengguna yang lebih yakin, bertanggungjawab dan bijak mengenai kewangan akan menggalakkan  persaingan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan inovasi pasaran. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif pendidikan kewangan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia, sila lawati seksyen "Maklumat Pengguna" di laman sesawang Bank Negara Malaysia.

Penyeliaan dan penguatkuasaan amalan pasaran

Bank Negara Malaysia menyelia amalan pasaran penyedia perkhidmatan kewangan dan melaksanakan tindakan pemulihan atau penguatkuasaan bagi sebarang pelanggaran terhadap keperluan amalan pasaran.

Pengawalan dan pelesenan pengantara

Oleh kerana pengantara merupakan institusi penting yang menghubungkan pengguna dengan penyedia perkhidmatan kewangan, amalan pasaran pihak pengantara yang baik adalah sama pentingnya bagi meningkatkan keyakinan dalam industri perkhidmatan kewangan.